Sedarlah Melayu, Jangan Me'Layu'
Selasa, 16 Jun 2015
Video temubual dan penerapan tentang bahaya dadah terhadap 6 orang awam di kalangan remaja
Isnin, 15 Jun 2015
Keberkesanan Modul
Sedarlah Melayu, Jangan Me'Layu'
Sedarlah Melayu, Jangan Me'Layu'
Melalui modul yang kami
jalankan iaitu “Sedarlah Melayu, jangalah meLAYU”, kami telah menemu ramah
beberapa orang awam yang terdiri daripada golongan muda Melayu bertujuan untuk
menyampaikan dan melaksanakan objektif modul kami ini. Kami telah memberi peluang kepada golongan
muda ini untuk melihat sendiri rakam video daripada bekas-bekas penagih
dadah. Ini bertujuan untuk menyampaikan
kepada golongan muda ini tentang pengalaman bekas-bekas penagih dadah dan kesan
atau kehancuran terhadap hidup mereka yang mereka alami sepanjang menagih
dadah. Melalui alternatif ini, kami cuba
untuk memberi kesedaran kepada golongan muda Melayu supaya menjauhi dadah dan
juga mahu menyedarkan golongan muda Melayu masa kini tentang bahayanya dadah.
Melalui modul ini kami
telah mendapatkan maklum balas daripada setiap orang golongan muda yang ditemu
ramah. Mereka memberikan maklum balas
yang cukup baik. Melalui maklum balas
mereka selepas melihat video tersebut, kami mendapati bahawa modul yang kami jalankan
ini telah berhasil. Hal ini kerana,
keberkesanan modul ini dapat dinilai melalui kesedaran yang diluahkan oleh
golongan muda Melayu tersebut.
Menurut Hafifi, 19 yang
ditemu ramah oleh kami. Dia menyatakan
bahawa penyalahgunaan dadah akan membawa kesan yang buruk kepada diri sendiri
sebagai golongan lapisan. Sebagai
golongan muda sepatutnya mengelak dan menjauhkan diri daripada gejala
penyalahgunaan dadah ini kerana ia boleh mehanyutkan dan mengelapkan masa
hadapan. Dia juga berpendapat bahawa orang
muda perlu bijak memilih rakan supaya tidak terpengaruh untuk terjebak dengan
gejala penyalahgunaan dadah.
Menurut Nur Zawani, 22 dia
mendapati dan dia sedar bahawa dadah membawa impak negatif kepada setiap
individu khususnya kepada semua lapisan masyarakat. Hal ini kerana, jika penagih ingin kembali ke
pangkal jalan, penagih perlu menjalani latihan berperingkat untuk kembali
sembuh seperti sediakala. Jadi ia adalah
satu proses yang mengambil masa yang panjang.
Jadi saya sarankan kepada semua lapisan masyarakat khususnya kepada kaum
Melayu agar menjauhi diri daripada dadah kerana dadah tidak membawa kebaikan
dalam kehidupan kita.
Nurul Nadiah, 16
berpendapat dan sedar bahawa dadah itu bahaya kepada kita dan boleh memusnahkan
masa depan seseorang. Kita janganlah
cuba untuk terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Apabila kita mula terjebak dengan pengambilan
dadah, seseorang itu akan terus dan berterusan mencari dadah dan langkah untuk
berhenti sangat susah.
Ahad, 14 Jun 2015
Part 2
Part 3
Part 4
Diharap selepas menonton video di atas, ia dapat membantu masyrakat di luar untuk berfikir lebih mendalam sebelum melakukan perkara yang boleh mendatangkan keburukan pada diri sendiri di masa hadapan. Seperti yang ditekankan sebelum ini, dadah bukan sahaja memberi keburukan kepada diri sendiri tetapi juga kepada keluarga, masyarakat dan negara.
Isnin, 8 Jun 2015
Penghasilan Modul
Modul:
- Untuk menyedarkan generasi muda Melayu masa kini supaya menjauhi dadah serta bahayanya pengunaan dadah. Melalui memberi pengetahuan asas dan membantu menyampaikan maklumat tentang dadah dan kesan-kesan pelbagai jenis dadah amat membantu memberi kesedaran kepada generasi muda melayu tentang bahayanya pengunaan dadah. Disamping itu, dapat melahirkan generasi muda melayu yang cermerlang, gemilang dan terbilang.
- Untuk memberi pendedahan pengalaman sebenar individu yang terlibat dengan pengunaan dadah kepada generasi muda melayu. Hal ini menghubungkait kepada kehancuran hidup yang telah dialami oleh penagih sepanjang menagih dadah agar dapat membentuk generasi muda melayu yang mempunyai ciri-ciri tersebut dan mengetahui apakah ciri-ciri yang kebiasaannya memungkinkan mereka lebih rapuh dan terdedah kepada pengaruh dadah.
Ahad, 7 Jun 2015
KETUANAN MELAYU YANG
HILANG DEK DADAH
Konsep ketuanan Melayu merujuk kepada satu bentuk
hubungan dan keadaan di mana bangsa Melayu itu seharusnya mendominasi segenap
aspek kehidupan seperti sosial, politik dan ekonomi di tanah airnya berbanding
bangsa lain yang turut menetap atau tinggal di tempat yang sama.
Malangnya pada era kini, orang Melayu merupakan
penyumbang terbesar kepada masalah sosial negara. Tidak benar jika dikatakan oleh kerana orang
Melayu adalah penduduk paling ramai maka tentulah pelaku masalah sosial ialah
kebanyakannya orang Melayu. Statistik PDRM 2006, menunjukkan orang Melayu masih
merupakan kumpulan etnik yang paling ramai menagih dadah di Pulau Pinang
walaupun orang Melayu bukanlah kumpulan majoriti di negeri tersebut.
Semenjak 30 tahun yang lalu masalah dadah menjadi semakin
serius. Berbagai usaha telah dilakukan bagi memerangi dadah termasuk menerusi
penubuhan Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah (2004), penubuhan
Agensi Anti Dadah Kebangsaan atau AADK(1996), penubuhan Persatuan Mencegah
Dadah Malaysia (PEMADAM) (1976) dan Majlis Anti Dadah Kebangsaan. Akta Dadah
Berbahaya 1952 pula dipinda beberapa kali semata-mata mahu mengenakan hukuman
berat kepada pesalah iaitu pengedar, pemilik dan penagih dadah. Suruhanjaya
Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Dadah Narkotik (UNCND) telah mengisytiharkan
bahawa 26 Jun pada setiap tahun sebagai Hari Antidadah Antarabangsa, manakala
kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan 19 Februari setiap tahun sebagai Hari
Anti Dadah Kebangsaan. Ini jelas menunjukkan bahawa semua pihak memandang
serius penularan najis dadah dan kesannya kepada masyarakat.
APA ITU DADAH?
Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan
yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi jasmani
(fizikal), rohani (mental dan emosi) serta tingkah laku pengguna. Akibat
daripada kesan ini seseorang yang menggunakan dadah akan terus bergantung hidup
kepada dadah tersebut dan menyebabkan ketagihan. Seseorang penagih sanggup
menggadai maruah serta memperhambakan diri kepada sesiapa saja walau dalam apa
jua keadaan asalkan bekalan dadahnya terjamin. Akibatnya ramai yang sanggup
mengemis, mencuri dan melacurkan diri.
JENIS-JENIS DADAH
1.
Opiat
dan Opiat sintetik
·
Ia
diperoleh dari getah torehan pokok popi.
·
Contoh: Candu, morfin, heroin dan kodein.
·
Sejenis bahan perubatan untuk menidur atau melegakan kesakitan.
2.
Stimulan
·
Bahan
kimia psikoaktif yang meransang aktiviti system saraf pusat.
·
Contoh:
Amfetamin, methamphetamine dan kokain.
3.
Ganja
· Istilah
umum untuk seua jenis dadah yang diperoleh daripada pokok ganja ialah kanabis.
· Contoh:
Kanabis herba, hashish dan minyak hashish.
4.
Halusinogen
· Sejenis
dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan deria contohnya mengubah pandangan visual dan menyebabkan ilusi.
· Contoh:
LSD, DMT, PCP, meskalin dan psilosibin (ubatan yang terjadual di bawah kawalan
Kementerian Kesihatan)
5.
Depresen (Dadah Penekan)
· Ubat-ubat
“sedative” dan “tranquilizer” yang bertindak dalam sistem saraf tunjang manusia
dan memperlahankan atau menghentikan fungsi tubuh.
·
Contoh:
Ubat “depresen”, alkohol, GHB, ketamine.
6.
Ubat-ubatan
dan bahan yang disalah guna
·
Contoh:
Steroid, gam, petrol, daun ketum dan ubat-ubatan lain.
KESAN-KESAN PENGAMBILAN DADAH
1.
KESAN
TERHADAP INDIVIDU
·
Menjauhkan diri
daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih dadah dan
jenayah.
·
Bersikap tidak
bertanggungjawab kepada kerja.
·
Penagih dadah akan
menjadi kurus, lemah tenaga,panas baran, sering menipu dan kelihatan berada
dalam khayalan.
·
Daya tahan badan
penagih akan menjadi lemah dan mudah dijangkiti pelbagai penyakit contohnya
HIV,
kancing gigi,mandul dan sebagainya.
2. KESAN KEPADA
KELUARGA
- Menjatuhkan maruah dan nama baik sesebuah keluarga
- Membebankan anggota-anggota keluarga penagih kerana menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya.
- Berlaku perpisahan,perceraian dan keganasan dalam kalangan anggota keluarga.
- Kesan Kepada Ekonomi
- tambahan kos perubatan untuk pesakit
- kos penguatkuasaan dan pengawalan dadah, pencegahan dan lain-lain.
- Kesan Kepada Sosial
- Melemahkan perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat.
- Menjejaskan kesopanan.
- Menjatuhkan Imej Negara.
ANTARA SELEBRITI TEMPATAN YANG TERLIBAT DENGAN PENYALAHGUNAAN DADAH:
Personaliti
Malaysia yang pernah mencipta nama dan berpendapatan agak lumayan puluhan ribu
sentiasa memenuhi akaun peribadi setiap bulan. Sudah pasti mereka sepatutnya
mampu mengecapi kehidupan yang mewah hari ini jika segalanya diurus dengan baik.
Tetapi
sayangnya, disebabkan oleh penyalahgunaan dadah personaliti-personaliti ini
berada di ambang kejatuhan tetapi ada setengah yang sudah bangkit daripada
pengaruh najis dadah. Moga daripada
pengalaman hidup mereka dapat dijadikan ikhtibar dan pengajaran untuk kita
tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
Selasa, 2 Jun 2015
Latar Belakang Rumah Teduhan Kasih
Rumah Teduhan Kasih
Rumah Teduhan Kasih ini diberi nama daripada pengasas rumah perlindungan penagih
dadah iaitu Pengasih di Kuala Lumpur. Bekas pelatih yang telah bebas dari
Pengasih, memulakan hidup mereka dengan membangunkan tempat perlindungan
sesama mereka di Rumah Teduhan Kasih yang bertempat di Lot 1090,Lorong 8, Kampung
Merbau Sempak, 47000 Sungai Buloh, Selangor. Kini Rumah Teduhan Kasih diuruskan
oleh Encik Muhammad Audi dan diselia oleh Encik Jaafar.
Rumah Teduhan Kasih ialah rumah perlindungan dan pemulihan khusus untuk pesakit HIV
lelaki. Rumah ini beralamat di Kampung Merbau Sempak dan telah ditubuhkan sejak tahun 2009. Sehingga kini Rumah Teduhan Kasih telah mempunyai 7 cawangan dan di cawangan Sungai Buloh ini menampung sejumlah 36 orang penghuni. Rumah Teduhan Kasih ditubuhkan dengan matlamat membantu rakyat Malaysia yang telah terjeremus dengan dadah
dan membantu mereka untuk kembali menjalani kehidupan normal semula. Selain itu,pusat perlindungan ini juga ditubuhkan juga disebabkan oleh kurangnya rumah perlindungan buat golongan pesakit HIV yang ingin kembali ke pangkal jalan.
Rawatannya menjurus kepada system yang menekankan pengstrukturan semula pemikiran pengurusan dan penstabilan emosi, perubahan tingkah laku dan penyuburan kerohanian.
Pelatih yang diterima masuk ke sini adalah secara sukarela.Aktiviti program adalah intensif dimana pelatih didedahkan dengan aktiviti harian sara diri seperti pelatih digalakkan bertani dan menternak haiwan ternakan seperti ayam, itik, angsa dan ikan keli. Hasil daripada
tanaman yang ditanam seperti cili dan haiwan ternakan seperti ayam dan itik akan dijual kepada penduduk setempat. Setelah mencapai tahap kesediaan pelatih akan ditempatkan di
rumah berhampiran di mana mereka bergerak sendiri dengan bebas tanpa bantuan
pengurusan lagi tetapi ahli jawatankuasa Rumah Teduhan Kasih masih akan memantau segala tingkahlaku mereka.Matlamat pusat perlindungan pada akhirnya ialah untuk menyedarkan
dan memberi semangat semula kepada pelatih untuk mempersiapkan diri mereka
meneruskan hidup di dunia sebenar dengan diri yang baru tanpa kembali ke jalan yang
salah lagi.
Langgan:
Catatan (Atom)