Selasa, 2 Jun 2015

Latar Belakang Rumah Teduhan Kasih

Rumah Teduhan Kasih


Rumah Teduhan Kasih ini diberi nama daripada pengasas rumah perlindungan penagih 

dadah iaitu Pengasih di Kuala Lumpur.  Bekas pelatih yang telah bebas dari 

 Pengasih, memulakan hidup mereka dengan membangunkan tempat perlindungan 

sesama mereka di Rumah Teduhan Kasih yang bertempat di Lot 1090,Lorong 8, Kampung 

Merbau Sempak, 47000 Sungai Buloh, Selangor.  Kini Rumah Teduhan Kasih diuruskan 

oleh Encik Muhammad Audi dan diselia oleh Encik Jaafar.


Rumah Teduhan Kasih ialah rumah perlindungan dan pemulihan khusus untuk pesakit HIV
 lelaki.  Rumah ini beralamat di Kampung Merbau Sempak dan telah ditubuhkan sejak tahun 2009.  Sehingga kini Rumah Teduhan Kasih telah mempunyai 7 cawangan dan di cawangan Sungai Buloh ini menampung sejumlah 36 orang penghuni.  Rumah Teduhan Kasih ditubuhkan dengan matlamat membantu rakyat Malaysia yang telah terjeremus dengan dadah
 dan membantu mereka untuk kembali menjalani kehidupan normal semula. Selain itu,pusat perlindungan ini juga ditubuhkan juga disebabkan oleh kurangnya rumah perlindungan buat golongan pesakit HIV yang ingin kembali ke pangkal jalan.  

Rawatannya menjurus kepada system yang menekankan pengstrukturan semula pemikiran pengurusan dan penstabilan emosi, perubahan tingkah laku dan penyuburan kerohanian. 
 Pelatih yang diterima masuk ke sini adalah secara sukarela.Aktiviti program adalah intensif dimana pelatih didedahkan dengan aktiviti harian sara diri seperti pelatih digalakkan bertani dan menternak haiwan ternakan seperti ayam, itik, angsa dan ikan keli.  Hasil daripada
 tanaman yang ditanam seperti cili dan haiwan ternakan seperti ayam dan itik akan dijual kepada penduduk setempat.  Setelah mencapai tahap kesediaan pelatih akan ditempatkan di
 rumah berhampiran di mana mereka bergerak sendiri dengan bebas tanpa bantuan 
pengurusan lagi tetapi ahli jawatankuasa Rumah Teduhan Kasih masih akan memantau segala tingkahlaku mereka.Matlamat pusat perlindungan pada akhirnya ialah untuk menyedarkan 
dan memberi semangat semula kepada pelatih untuk mempersiapkan diri mereka 
meneruskan hidup di dunia sebenar dengan diri yang baru tanpa kembali ke jalan yang 
salah lagi.










1 ulasan:

HAKMILIK CTU555 GROUP 8:SURVIVAL MELAYU OMB55H