KETUANAN MELAYU YANG
HILANG DEK DADAH
Konsep ketuanan Melayu merujuk kepada satu bentuk
hubungan dan keadaan di mana bangsa Melayu itu seharusnya mendominasi segenap
aspek kehidupan seperti sosial, politik dan ekonomi di tanah airnya berbanding
bangsa lain yang turut menetap atau tinggal di tempat yang sama.
Malangnya pada era kini, orang Melayu merupakan
penyumbang terbesar kepada masalah sosial negara. Tidak benar jika dikatakan oleh kerana orang
Melayu adalah penduduk paling ramai maka tentulah pelaku masalah sosial ialah
kebanyakannya orang Melayu. Statistik PDRM 2006, menunjukkan orang Melayu masih
merupakan kumpulan etnik yang paling ramai menagih dadah di Pulau Pinang
walaupun orang Melayu bukanlah kumpulan majoriti di negeri tersebut.
Semenjak 30 tahun yang lalu masalah dadah menjadi semakin
serius. Berbagai usaha telah dilakukan bagi memerangi dadah termasuk menerusi
penubuhan Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah (2004), penubuhan
Agensi Anti Dadah Kebangsaan atau AADK(1996), penubuhan Persatuan Mencegah
Dadah Malaysia (PEMADAM) (1976) dan Majlis Anti Dadah Kebangsaan. Akta Dadah
Berbahaya 1952 pula dipinda beberapa kali semata-mata mahu mengenakan hukuman
berat kepada pesalah iaitu pengedar, pemilik dan penagih dadah. Suruhanjaya
Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Dadah Narkotik (UNCND) telah mengisytiharkan
bahawa 26 Jun pada setiap tahun sebagai Hari Antidadah Antarabangsa, manakala
kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan 19 Februari setiap tahun sebagai Hari
Anti Dadah Kebangsaan. Ini jelas menunjukkan bahawa semua pihak memandang
serius penularan najis dadah dan kesannya kepada masyarakat.
APA ITU DADAH?
Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan
yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi jasmani
(fizikal), rohani (mental dan emosi) serta tingkah laku pengguna. Akibat
daripada kesan ini seseorang yang menggunakan dadah akan terus bergantung hidup
kepada dadah tersebut dan menyebabkan ketagihan. Seseorang penagih sanggup
menggadai maruah serta memperhambakan diri kepada sesiapa saja walau dalam apa
jua keadaan asalkan bekalan dadahnya terjamin. Akibatnya ramai yang sanggup
mengemis, mencuri dan melacurkan diri.
JENIS-JENIS DADAH
1.
Opiat
dan Opiat sintetik
·
Ia
diperoleh dari getah torehan pokok popi.
·
Contoh: Candu, morfin, heroin dan kodein.
·
Sejenis bahan perubatan untuk menidur atau melegakan kesakitan.
2.
Stimulan
·
Bahan
kimia psikoaktif yang meransang aktiviti system saraf pusat.
·
Contoh:
Amfetamin, methamphetamine dan kokain.
3.
Ganja
· Istilah
umum untuk seua jenis dadah yang diperoleh daripada pokok ganja ialah kanabis.
· Contoh:
Kanabis herba, hashish dan minyak hashish.
4.
Halusinogen
· Sejenis
dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan deria contohnya mengubah pandangan visual dan menyebabkan ilusi.
· Contoh:
LSD, DMT, PCP, meskalin dan psilosibin (ubatan yang terjadual di bawah kawalan
Kementerian Kesihatan)
5.
Depresen (Dadah Penekan)
· Ubat-ubat
“sedative” dan “tranquilizer” yang bertindak dalam sistem saraf tunjang manusia
dan memperlahankan atau menghentikan fungsi tubuh.
·
Contoh:
Ubat “depresen”, alkohol, GHB, ketamine.
6.
Ubat-ubatan
dan bahan yang disalah guna
·
Contoh:
Steroid, gam, petrol, daun ketum dan ubat-ubatan lain.
KESAN-KESAN PENGAMBILAN DADAH
1.
KESAN
TERHADAP INDIVIDU
·
Menjauhkan diri
daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih dadah dan
jenayah.
·
Bersikap tidak
bertanggungjawab kepada kerja.
·
Penagih dadah akan
menjadi kurus, lemah tenaga,panas baran, sering menipu dan kelihatan berada
dalam khayalan.
·
Daya tahan badan
penagih akan menjadi lemah dan mudah dijangkiti pelbagai penyakit contohnya
HIV,
kancing gigi,mandul dan sebagainya.
2. KESAN KEPADA
KELUARGA
- Menjatuhkan maruah dan nama baik sesebuah keluarga
- Membebankan anggota-anggota keluarga penagih kerana menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya.
- Berlaku perpisahan,perceraian dan keganasan dalam kalangan anggota keluarga.
- Kesan Kepada Ekonomi
- tambahan kos perubatan untuk pesakit
- kos penguatkuasaan dan pengawalan dadah, pencegahan dan lain-lain.
- Kesan Kepada Sosial
- Melemahkan perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat.
- Menjejaskan kesopanan.
- Menjatuhkan Imej Negara.
ANTARA SELEBRITI TEMPATAN YANG TERLIBAT DENGAN PENYALAHGUNAAN DADAH:
Personaliti
Malaysia yang pernah mencipta nama dan berpendapatan agak lumayan puluhan ribu
sentiasa memenuhi akaun peribadi setiap bulan. Sudah pasti mereka sepatutnya
mampu mengecapi kehidupan yang mewah hari ini jika segalanya diurus dengan baik.
Tetapi
sayangnya, disebabkan oleh penyalahgunaan dadah personaliti-personaliti ini
berada di ambang kejatuhan tetapi ada setengah yang sudah bangkit daripada
pengaruh najis dadah. Moga daripada
pengalaman hidup mereka dapat dijadikan ikhtibar dan pengajaran untuk kita
tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan