Selasa, 16 Jun 2015

Video temubual dan penerapan tentang bahaya dadah terhadap 6 orang awam di kalangan remaja

Setelah selesai menemubual beberapa orang pelatih di rumah teduhan kasih, kami telah menemubual 6 orang awam dengan menceritakan pengalaman dan menerapkan tentang bahaya dadah terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.



Dibawah kami kongsikan video-video temubual bersama 6 orang awam.  Selamat menonton ! :-)











Isnin, 15 Jun 2015


Keberkesanan Modul 
Sedarlah Melayu, Jangan Me'Layu'


Melalui modul yang kami jalankan iaitu “Sedarlah Melayu, jangalah meLAYU”, kami telah menemu ramah beberapa orang awam yang terdiri daripada golongan muda Melayu bertujuan untuk menyampaikan dan melaksanakan objektif modul kami ini.  Kami telah memberi peluang kepada golongan muda ini untuk melihat sendiri rakam video daripada bekas-bekas penagih dadah.  Ini bertujuan untuk menyampaikan kepada golongan muda ini tentang pengalaman bekas-bekas penagih dadah dan kesan atau kehancuran terhadap hidup mereka yang mereka alami sepanjang menagih dadah.  Melalui alternatif ini, kami cuba untuk memberi kesedaran kepada golongan muda Melayu supaya menjauhi dadah dan juga mahu menyedarkan golongan muda Melayu masa kini tentang bahayanya dadah.

Melalui modul ini kami telah mendapatkan maklum balas daripada setiap orang golongan muda yang ditemu ramah.  Mereka memberikan maklum balas yang cukup baik.  Melalui maklum balas mereka selepas melihat video tersebut, kami mendapati bahawa modul yang kami jalankan ini telah berhasil.  Hal ini kerana, keberkesanan modul ini dapat dinilai melalui kesedaran yang diluahkan oleh golongan muda Melayu tersebut. 

Menurut Hafifi, 19 yang ditemu ramah oleh kami.  Dia menyatakan bahawa penyalahgunaan dadah akan membawa kesan yang buruk kepada diri sendiri sebagai golongan lapisan.  Sebagai golongan muda sepatutnya mengelak dan menjauhkan diri daripada gejala penyalahgunaan dadah ini kerana ia boleh mehanyutkan dan mengelapkan masa hadapan.  Dia juga berpendapat bahawa orang muda perlu bijak memilih rakan supaya tidak terpengaruh untuk terjebak dengan gejala penyalahgunaan dadah.


Menurut Nur Zawani, 22 dia mendapati dan dia sedar bahawa dadah membawa impak negatif kepada setiap individu khususnya kepada semua lapisan masyarakat.  Hal ini kerana, jika penagih ingin kembali ke pangkal jalan, penagih perlu menjalani latihan berperingkat untuk kembali sembuh seperti sediakala.  Jadi ia adalah satu proses yang mengambil masa yang panjang.  Jadi saya sarankan kepada semua lapisan masyarakat khususnya kepada kaum Melayu agar menjauhi diri daripada dadah kerana dadah tidak membawa kebaikan dalam kehidupan kita.

Nurul Nadiah, 16 berpendapat dan sedar bahawa dadah itu bahaya kepada kita dan boleh memusnahkan masa depan seseorang.  Kita janganlah cuba untuk terlibat dengan penyalahgunaan dadah.  Apabila kita mula terjebak dengan pengambilan dadah, seseorang itu akan terus dan berterusan mencari dadah dan langkah untuk berhenti sangat susah.

Menurut Liyana Taqiyuddin, 21 yakin bahawa penggunaan dadah bagi kesan yang buruk kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.  Para remaja janganlah terjebak dalam dadah kerana ia akan beri kesan yang berpanjangan pada diri sendiri.

Ahad, 14 Jun 2015

Untuk mendapatkan lagi gambaran yang lebih jelas tentang keburukan dan kesan dadah terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara, kami telah membuat video pendek tentang bekas penagih dadah dari rumah Teduhan Kasih, Sungai Buloh.  Mereka semua adalah orang-orang yang boleh menyumbang kebaikan kepada negara jika mereka tidak terlibat dengan pengambilan dadah. 

Ini kerana kebanyakan mereka adalah orang-orang cerdik pandai, yang mempuyai latar belakang pendidikan yang cemerlang, atlet sukan, pekerja swasta yang berjaya dan sebagainya. Disebabkan dadah, kehidupan mereka menjadi kucar-kacir dan hidup terumbang-ambing. Ada di antara mereka yang disisih keluarga dan ada juga yang mendapat sokongan moral daripada keluarga.  

Untuk mendapat gambaran lebih jelas tentang punca mereka mengambil dadah, kesan pengambilan dadah, penerimaan keluarga, pandangan masyarakat  terhadap mereka, matlamat hidup mereka selepas bebas dari dadah dan nasihat mereka kepada masyarakat khusus kepada remaja di luar sana.  Oleh itu, mari kita saksikan video dibawah untuk mendalami sendiri perasaan dan pengalaman bekas penagih dadah yang telah kami temu bual dari rumah Teduhan Kasih, Sungai Buloh.

Part 1


Part 2


Part 3


Part 4



Diharap selepas menonton video di atas, ia dapat membantu masyrakat di luar untuk berfikir lebih mendalam sebelum melakukan perkara yang boleh mendatangkan keburukan pada diri sendiri di masa hadapan.  Seperti yang ditekankan sebelum ini, dadah bukan sahaja memberi keburukan kepada diri sendiri tetapi juga kepada keluarga, masyarakat dan negara.

Isnin, 8 Jun 2015

Penghasilan Modul



Ancaman penyalahgunaan dadah sudah lama menjadi “Musuh Negara Nombor Satu” dan peperangan menentang ancaman ini masih terus dilakukan.  Dalam perjalanan menuju matlamat kemajuan yang diidam-idamkan, masyarakat Malaysia dan umat Islam di dalamnya sedang berhadapan dengan gejala keruntuhan moral yang sungguh mengkhuatirkan.  Ramai generasi muda Melayu dan Bumiputera terperangkap dalam jeratan budaya penagihan dadah dan HIV/AIDS.  Oleh yang demikian, kami telah mengambil inisiatif mewujudkan satu modul untuk mendedahan tentang penyalahgunaan dadah terhadap generasi muda melayu sekarang.


Modul:




Objektif modul:

  1. Untuk menyedarkan generasi muda Melayu masa kini supaya menjauhi dadah serta bahayanya pengunaan dadah.  Melalui memberi pengetahuan asas dan membantu menyampaikan maklumat tentang dadah dan kesan-kesan pelbagai jenis dadah amat membantu memberi kesedaran kepada generasi muda melayu tentang bahayanya pengunaan dadah.  Disamping itu, dapat melahirkan generasi muda melayu yang cermerlang, gemilang dan terbilang.
  2. Untuk memberi pendedahan pengalaman sebenar individu yang terlibat dengan pengunaan dadah kepada generasi muda melayu.  Hal ini menghubungkait kepada kehancuran hidup yang telah dialami oleh penagih sepanjang menagih dadah agar dapat membentuk generasi muda melayu yang mempunyai ciri-ciri tersebut dan mengetahui apakah ciri-ciri yang kebiasaannya memungkinkan mereka lebih rapuh dan terdedah kepada pengaruh dadah.



Ahad, 7 Jun 2015

KETUANAN MELAYU YANG HILANG DEK DADAH
Konsep ketuanan Melayu merujuk kepada satu bentuk hubungan dan keadaan di mana bangsa Melayu itu seharusnya mendominasi segenap aspek kehidupan seperti sosial, politik dan ekonomi di tanah airnya berbanding bangsa lain yang turut menetap atau tinggal di tempat yang sama.



Malangnya pada era kini, orang Melayu merupakan penyumbang terbesar kepada masalah sosial negara.  Tidak benar jika dikatakan oleh kerana orang Melayu adalah penduduk paling ramai maka tentulah pelaku masalah sosial ialah kebanyakannya orang Melayu. Statistik PDRM 2006, menunjukkan orang Melayu masih merupakan kumpulan etnik yang paling ramai menagih dadah di Pulau Pinang walaupun orang Melayu bukanlah kumpulan majoriti di negeri tersebut.

Semenjak 30 tahun yang lalu masalah dadah menjadi semakin serius. Berbagai usaha telah dilakukan bagi memerangi dadah termasuk menerusi penubuhan Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah (2004), penubuhan Agensi Anti Dadah Kebangsaan atau AADK(1996), penubuhan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) (1976) dan Majlis Anti Dadah Kebangsaan. Akta Dadah Berbahaya 1952 pula dipinda beberapa kali semata-mata mahu mengenakan hukuman berat kepada pesalah iaitu pengedar, pemilik dan penagih dadah. Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Dadah Narkotik (UNCND) telah mengisytiharkan bahawa 26 Jun pada setiap tahun sebagai Hari Antidadah Antarabangsa, manakala kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan 19 Februari setiap tahun sebagai Hari Anti Dadah Kebangsaan. Ini jelas menunjukkan bahawa semua pihak memandang serius penularan najis dadah dan kesannya kepada masyarakat.

APA ITU DADAH?

Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi jasmani (fizikal), rohani (mental dan emosi) serta tingkah laku pengguna. Akibat daripada kesan ini seseorang yang menggunakan dadah akan terus bergantung hidup kepada dadah tersebut dan menyebabkan ketagihan. Seseorang penagih sanggup menggadai maruah serta memperhambakan diri kepada sesiapa saja walau dalam apa jua keadaan asalkan bekalan dadahnya terjamin. Akibatnya ramai yang sanggup mengemis, mencuri dan melacurkan diri.

JENIS-JENIS DADAH
1.    Opiat dan Opiat sintetik
·         Ia diperoleh dari getah torehan pokok popi.
·         Contoh: Candu, morfin, heroin dan kodein.
·         Sejenis bahan perubatan untuk menidur atau melegakan kesakitan.


2.    Stimulan
·         Bahan kimia psikoaktif yang meransang aktiviti system saraf pusat.
·         Contoh: Amfetamin, methamphetamine dan kokain.

     3.    Ganja
·   Istilah umum untuk seua jenis dadah yang diperoleh daripada pokok ganja ialah kanabis.
·       Contoh: Kanabis herba, hashish dan minyak hashish.



4.    Halusinogen
·      Sejenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan deria contohnya mengubah pandangan visual dan menyebabkan ilusi.
·    Contoh: LSD, DMT, PCP, meskalin dan psilosibin (ubatan yang terjadual di bawah kawalan Kementerian Kesihatan)



5.    Depresen (Dadah Penekan)
·   Ubat-ubat “sedative” dan “tranquilizer” yang bertindak dalam sistem saraf tunjang manusia dan memperlahankan atau menghentikan fungsi tubuh.
·         Contoh: Ubat “depresen”, alkohol, GHB, ketamine.



6.    Ubat-ubatan dan bahan yang disalah guna
·         Contoh: Steroid, gam, petrol, daun ketum dan ubat-ubatan lain.
                 




KESAN-KESAN PENGAMBILAN DADAH

1.    KESAN TERHADAP INDIVIDU

·   Menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih dadah dan jenayah.
·   Bersikap tidak bertanggungjawab kepada kerja.
·   Penagih dadah akan menjadi kurus, lemah tenaga,panas baran, sering menipu dan kelihatan berada dalam khayalan.
·   Daya tahan badan penagih akan menjadi lemah dan mudah dijangkiti pelbagai penyakit contohnya HIV, kancing gigi,mandul dan sebagainya.

 2. KESAN KEPADA KELUARGA
  • Menjatuhkan maruah dan nama baik sesebuah keluarga
  •  Membebankan anggota-anggota keluarga penagih kerana menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya.
  • Berlaku perpisahan,perceraian dan keganasan dalam kalangan anggota keluarga. 

3. KESAN TERHADAP NEGARA

  •    Kesan Kepada Ekonomi
       -kehilangan produktiviti rakyat
      - tambahan kos perubatan untuk pesakit
      - kos penguatkuasaan dan pengawalan dadah, pencegahan dan lain-lain.


  •    Kesan Kepada Sosial
      - Kejadian jenayah seperti mencuri, menyamun, merompak dan membunuh.
      - Melemahkan perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat.
      - Menjejaskan kesopanan.


  •    Menjatuhkan Imej Negara.

ANTARA SELEBRITI TEMPATAN YANG TERLIBAT DENGAN PENYALAHGUNAAN DADAH:

Personaliti Malaysia yang pernah mencipta nama dan berpendapatan agak lumayan puluhan ribu sentiasa memenuhi akaun peribadi setiap bulan. Sudah pasti mereka sepatutnya mampu mengecapi kehidupan yang mewah hari ini jika segalanya diurus dengan baik.

Tetapi sayangnya, disebabkan oleh penyalahgunaan dadah personaliti-personaliti ini berada di ambang kejatuhan tetapi ada setengah yang sudah bangkit daripada pengaruh najis dadah.  Moga daripada pengalaman hidup mereka dapat dijadikan ikhtibar dan pengajaran untuk kita tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah.



Selasa, 2 Jun 2015

Latar Belakang Rumah Teduhan Kasih

Rumah Teduhan Kasih


Rumah Teduhan Kasih ini diberi nama daripada pengasas rumah perlindungan penagih 

dadah iaitu Pengasih di Kuala Lumpur.  Bekas pelatih yang telah bebas dari 

 Pengasih, memulakan hidup mereka dengan membangunkan tempat perlindungan 

sesama mereka di Rumah Teduhan Kasih yang bertempat di Lot 1090,Lorong 8, Kampung 

Merbau Sempak, 47000 Sungai Buloh, Selangor.  Kini Rumah Teduhan Kasih diuruskan 

oleh Encik Muhammad Audi dan diselia oleh Encik Jaafar.


Rumah Teduhan Kasih ialah rumah perlindungan dan pemulihan khusus untuk pesakit HIV
 lelaki.  Rumah ini beralamat di Kampung Merbau Sempak dan telah ditubuhkan sejak tahun 2009.  Sehingga kini Rumah Teduhan Kasih telah mempunyai 7 cawangan dan di cawangan Sungai Buloh ini menampung sejumlah 36 orang penghuni.  Rumah Teduhan Kasih ditubuhkan dengan matlamat membantu rakyat Malaysia yang telah terjeremus dengan dadah
 dan membantu mereka untuk kembali menjalani kehidupan normal semula. Selain itu,pusat perlindungan ini juga ditubuhkan juga disebabkan oleh kurangnya rumah perlindungan buat golongan pesakit HIV yang ingin kembali ke pangkal jalan.  

Rawatannya menjurus kepada system yang menekankan pengstrukturan semula pemikiran pengurusan dan penstabilan emosi, perubahan tingkah laku dan penyuburan kerohanian. 
 Pelatih yang diterima masuk ke sini adalah secara sukarela.Aktiviti program adalah intensif dimana pelatih didedahkan dengan aktiviti harian sara diri seperti pelatih digalakkan bertani dan menternak haiwan ternakan seperti ayam, itik, angsa dan ikan keli.  Hasil daripada
 tanaman yang ditanam seperti cili dan haiwan ternakan seperti ayam dan itik akan dijual kepada penduduk setempat.  Setelah mencapai tahap kesediaan pelatih akan ditempatkan di
 rumah berhampiran di mana mereka bergerak sendiri dengan bebas tanpa bantuan 
pengurusan lagi tetapi ahli jawatankuasa Rumah Teduhan Kasih masih akan memantau segala tingkahlaku mereka.Matlamat pusat perlindungan pada akhirnya ialah untuk menyedarkan 
dan memberi semangat semula kepada pelatih untuk mempersiapkan diri mereka 
meneruskan hidup di dunia sebenar dengan diri yang baru tanpa kembali ke jalan yang 
salah lagi.










HAKMILIK CTU555 GROUP 8:SURVIVAL MELAYU OMB55H